urghhhh.. stressnye tgk perut iolls.
FAKTA TENTANG LEMAK DI PERUT
1. Genetik (Keturunan)
Banyaknya lemak di perut bergantung kpd keturunan anda. Jika saudara terdekat punya banyak lemak di perut maka besar kemungkinan anda juga akan mewarisinya. Akan tetapi ini bukan bermakna sudah tiada harapan lagi, sebaliknya anda masih berpeluang mengubahnya dgn menukar gaya hidup anda.
2. Gaya Hidup
Tekanan(Stress) ialah satu sebab utama lemak ‘hinggap & menetap’ di perut. Apabila tertekan, badan kita mengeluarkan bahan kimia kortisol. Kortisol ini ‘mengarahkan’ hati utk melepaskan lebihan gula dlm badan & menyebabkan kita rasa lapar & ingin selalu makan. Jadi, pandai-pandailah kawal tekanan ya?
3. Salah Anggap
Selama ni I ingat buat sit up boleh kempis perut ni. Tetapii.... TOTALLY WRONG!! Ramai beranggapan crunches (senaman sit-up) adalah jawapan kpd mengempiskan perut tetapi ini tidak 100% benar. Yang benarnya, senaman kardio seperti berjoging, berbasikal, berenang & aerobik yg dpt membantu mengurangkan lemak di perut. Crunches lebih menjurus kpd menegapkan otot perut.
4. Pemakanan
Makan dlm sukatan yg kecil tetapi lebih kerap akan meningkatkan kadar metabolisme anda. Oleh itu, lebih banyak kalori akan cepat dibakar. Elakkan makanan yg diproses seperti French Fries, burger, sosej, nugget & makanan banyak gula.
5. Elakkan Pengambilan Alkohol
Bagi yg bukan Muslim, hindari alkohol kerana ia mengakibatkan lemak terhimpun di bhg perut & pinggang.
6. NO SUPPER ALLOWED
Makan 2 jam sebelum waktu tidur tidak akan memberikan badan anda cukup masa utk menghadamkan makanan. Ini bermakna tenaga drp makanan yg dimakan tadi akan bertukar kpd gula & seterusnya menghasilkan lemak terutama di bhg perut. Jadi, cuba-cubalah elakkan makan-makan lewat malam ya?

No comments:
Post a Comment